Tuesday, October 27, 2009

Tragedi Jambatan Gantung Runtuh @ Kuala Dipang, 26 Oct 2009

Gopeng, 26 Oktober 2009

Program Perkhemahan Satu Malaysia yang diadakan di Kuala Dipang bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati bila mana sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai terbungkar dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras.




Pasukan penyelamat termasuk pasukan bomba dan komando Vet69 yang dikejarkan kesana sedang bertungkus lumut mencari beberapa orang pelajar yang masih hilang malam tadi. Lebih kurang 22 orang murid masih belum dapat dikesan. Kerja-kerja menyelamat agak sukar dilakukan kerana keadaan yang sangat gelap. Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah.

Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina itu untuk makan malam (supper) yang terletak diseberang sungai jam 10.30 malam itu.

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah. Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina. Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat berita ini diedarkan, walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.


Keadaan Jambatan di Pusat Kegiatan Ko-Kurikulum Kuala Dipang yang runtuh menyebabkan 20 pesertaprogram 1 Malaysia di kuatiri lemas jam 10.30 mlm tadi, sehingga jam 5 pagi ini masih belum ada berita mereka yang terselamat.


Seorang peserta yang hayut tetapi terselamat setelah berenang
menyelamatkan diri, sedang ditemuramaholeh para wartawan.


Berlaku sedikit kekecohan apabila ibu bapa tidak
dapat menerima akan berita kehilangan anak mereka



Kaum keluarga yang setia menunggu sehingga jam5 pagi, untuk
mengetahui keadaan anak mereka. Sehingga kini, 22 orang murid masih hilang,
3 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati.


Wallahualam

Monday, October 5, 2009

Perkahwinan Ikram, 3 Okt 2009 @ Salak

semoga berbahagia hendaknya..


abg man (azman) wit family


ijan, ayu, mak, pah, ita n abg.. palin n e mana?


sepupu deme ni..


ramah-tamah dgn sanak saudara


one big happy family


jamuan makan beradad


senyum.. ala.. malulah pulak !


makecik sitah.. senyum sokmo !


break kejap.. berkaraoke.. lagu ditujukan kpd pengantin


tema hari tu BIRU !


pandang kamera le..


di jinjang pelamin


mahathir, pengapit.. pun nak lepaskan geram


dua (2) das tembakan utk menyambut pengantin


mak & mak uda (ibu pengantin)


jon pun nak sampaikan lagu.. jgn hujan udah!!


berarak masuk ke rumah


jemput makan !!